Pengikut

23 November 2010

AKHIRNYA KAU JATUH JUA - 3/5

Setelah masing masing melapik perut ala kadar pagi itu dengan rezeki yang di beri Tuhan tiba lah masanya menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam hari kebesaran hari yang penuh dengan rasa pengorbanan demi Tuhan yang mencipta manusia sebagai hambanya. "Cepat sikit awak tu bersiap..kang solat raya jam 8.00..." Ayah Finah mengingatkan ibu Finah termasuk juga kami yang lain. "bu..biar Mia kemaskan semua nih..takpe Ibu pergi lah bersiap.." sambil tangan Mia menarik pinggan pinggan kotor di atas meja untuk di bawa ke singki.

Ibu Finah menggangguk tanda setuju pasal dia tahu Mia sedang uzur dan tak dapat menyertai mereka sama sama bersolat raya pagi itu. "Kamu dah siap Finah.?" tanya Ibu kepada Finah.."dahh orang dari tadi dah siap pun.. nihh haa dah standby dah telekung.." jawab Finah kepada ibunya sambil menunding jari ke beg beranyam di sisinya. Zaha sudah lama berlalu dari meja makan rupanya dia sedang memanaskan enjin kereta untuk bersiap sedia ke Masjid bersama sama yang lain.

Harum semerbak kasturi menusuk lalu ke hidung Mia pabila ayah Finah melewati pintu dapur untuk keluar mendapatkan Zaha yang sudah sedia menantinya di kereta. Minyak atar kegemaran ayah Finah yang pernah di berikan oleh Mia suatu ketika dulu sempena hari bapa telah Mia hadiahkan kepada ayah Finah begitu juga dengan ayah kandung Mia tanda sayang Mia pada dua orang yang bergelar ayah di hati Mia. Mia cuma tersenyum bila mengingatkan itu semua sambil tangannya ligat menari nari dengan air sabun mencuci pinggan mangkuk.

"Mia kami pergi dulu ye!..." sapa Finah pada Mia dan beriringan dengan ibunya di muka pintu dapur mendapatkan kereta Zaha yang kali ini telah di letakkan diluar pagar. Empat susuk tubuh telah berada dalam perut kereta Zaha. Mia berlari anak mendapatkan mereka untuk melihat semuanya pergi dengan selamat. Mia terus menutup pintu dan berlalu kembali menyambung kerjanya yang tertangguh sebentar tadi. Mia menyingsing lengan kurung birunya sambil sekali lagi tanganya bermain dengan air sabun basuh pinggan.

Takbir raya dari corong Masjid jelas kedengaran di telinga Mia. Perlahan lahan Mia sama sama mengungkapkan kata kata pujian mengagungkan keEsaan Allah yang mencipta manusia keluar dari bibir Mia. Tak di sedarinya air mata jatuh jua di pipi setelah sekian lama di tahannya berlenang laju dan panas jatuh bersama sama air pinggan basuhan Mia. Mia sendu Mia pilu. Hatinya sekali lagi di cuit kenangan bersama Ibu dan Ayah kandungnya di kampung halaman. Cuma doa yang dapat di panjatkan agar keduanya bahagia tanpa Mia di sisi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan