Pengikut

22 November 2010

KEKENYANGAN - 1/7

Gulai lemak nenas..sambal belacan..ikan goreng dan telor puyuh goreng bercili menambat hati kami anak beranak makan tengahari itu. Menyelera sekali hidangan air tangan mak yang lama tak ku jamah. Mak pun kelihatan berselera sekali hari itu bertambah-tambah nasi di pinggan risau pulak aku tengok keadaannya. Anak buahku yang dua orang kelihatan sibuk bermain dengan mainan yang di belinya tadi pasti duit yang ku upah la tu buat beli mainan. Memasing langsung tak hirau nak makan pasal mungkin masih kenyang lagi dengan roti canai pagi tadi.

Suasana senyap cuma tanganku sesekali mengibas-ngibas lalat yang terbang ke sana kemari menghidu bau sambal belacan yang menusuk hidung. Selesai saja makan punggung seakan berat nak bangun. "hehehe" maklum le baru lepas mengisi "enjin" apalagi segala-galanya berat. Ku lihat Juwita bertambah malasnya pinggan di tolak saja ke tepi selepas makan. Syam anak buahku yang sulung terus ke dapur mengatur pinggan ke singki. Saki baki makanan ku atur semuanya di atas meja.

Juwita dan mak rebah di atas tikar plastik tempat kami makan tadi. "eh..eh..eh elok sangat la tu bagaikan mereka yang rebah je" tegurku. Suaraku bagai tak di hiraukan oleh mereka berdua. Mata seakan di jahit-jahit selepas makan. TV yang dari tadi terpasang takda cerita yang sedap nak di tengokkan. Pinggan di singki masih berlonggok belum di cuci. "Kejap lagi lah" bisik hatiku. Aku terus ke depan menyertai mereka yang rebah tadi.

Namun mata ini tidak pulak rasa mengantuk. Tiba-tiba anak buahku mengajak pulak main "dam" kertas yang di belinya tadi. Apalagi aku pun turut serta macam budak-budak gamaknya. Kulihat Juwita dan mak hanyut di buai mimpi agaknya. Seronok pulak jadi bebudak kejap. Anak buahku pun leka bermain sambil tak perasan kakinya tersenggol bantal yang mak tidur.

"isshhh...tak reti bahasa..ke" mak menjerkah. Lenanya di ganggu dek cucunya sebentar tadi. Terkulat-kulat anak buahku beralih ke tepi. Aku sempat lagi memberi amaran padanya "sssyyyy.." nenek nak tidur tu main lar pelan..pelan".
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan