Pengikut

22 November 2010

PERJALANAN - 1/2


Myvi meluncur laju menerjah angin pagi itu. Sejuk dan nyaman masih terasa dek kerana hujan lebat malam tadi. 5 manusia di dalamnya masih sepi tanpa bicara. Aku merenung ke dasar meter minyak Myvi milik kakakku. " Nak isi minyak dulu ke?" soalku. " Ermm..karang la kat stesen minyak depan tu kang" balas kakakku yang agak tenang ku lihat wajahnya bertudung merah jambu sedondon dengan baju yang di pakainya.

"kita minum pagi dulu larr ye..aku nih kang dah tak boleh nak sarapan lelambat dah start gastrik" kataku mula memecahkan kesunyian pagi itu. Cuma bunyi alunan lagu melayu di corong radio berkumandang pelan tanpa mengganggu konsantrasi kami di dalamnya.

Terdengar sesekali 3 org anak buah ku di belakang bersembang kecil sesama mereka. Hati mereka girang mungkin pasal hari itu tidak ke sekolah. Ibu mereka membenarkan tak payah ke sekolah haritu lagipun peperiksaan awal tahun dah pun berakhir. Bunyi macam mudah jer tak payah ke sekolah. Tak pelah satu hari je. Kang kalo tak susah pulak nak bergelut nak ambil mereka waktu petang nanti. Sekurang-kurang nya lambat sikit balek dari rumah mak pun tak kisah.

Sambil memandu Juwita membebel. "hehee" sesekali aku tergelak kecil mendengarkan bebelannya pasal jalanla pasal orang la pasal macam-macam. Aku pun turut sekali membebel pagi itu. Kami serasi sejak dari dulu. Walaupun masa kecik ada jugak perbalahan antara kami tapi kami rapat. Jika salah seorang antara kami tak ada. Kami resah gelisah.

Perjalanan pagi tu sungguh menenangkan. Perut mula terasa pedih. Lampu signal berkedip-kedip di sebelah kanan tanda isyarat ketepi. Kakakku membelok ke kiri jalan. Oh rupanya nak sarapan. "Elok la jugak" dalam hatiku. Tiba-tiba hati terkenangkan Nasi Lemak dengan sambal tumis yang membangkitkan selera. Arrrgggg lapar..lapar perutku merintih...
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan