Pengikut

22 November 2010

BAGAI ISI DENGAN KUKU - 3/3

Semuanya telah bersiap untuk menunaikan solat Aidiladha. Mia kelihatan manis berbaju biru muda siap dengan tudung yang sedondon menghias kepala. Mia mempunyai kulit yang cerah apapun warna yang di pakainya pasti kena sahaja dengan orangnya. Mia melangkah ke dapur mendapatkan ibu Finah untuk menolongnya apa apa yang patut. Finah pula baru saja keluar dari bilik mandi berselimutkan tuala merah delima di badannya.

"kamu bersolat raya karang Mia? soal ibu Finah. "Mia cuti la bu.." ringkas aje jawapan Mia dengan ibu Finah yang di panggilnya "IBU" itu kerana panggilan itu memang ibu Finah yang meminta Mia memanggilnya begitu kerana dia menganggap Mia seperti anaknya sendiri memandangkan dia cuma ada seorang saja anak perempuan iaitu Siti Janatulfinah Binti Sulaiman atau panggilan manjanya Finah saja.

Mia menyeduk serbuk teh wangi di dalam balang plastik untuk di buat minum pagi itu sebelum mereka semua pergi bersolat raya di surau berdekatan. Kelihatan Finah menuju ke dapur menjinjit beg telekung beranyam yang di belinya semasa bercuti ke Langkawi tahun lepas. Finah duduk di meja makan sambil tangannya cepat membuka tudung saji melihat hidangan yang tersedia di atas meja itu sambil hidungnya menguit nguit mencium bau masakan ibunya pagi itu rendang kerang bersama lemang bakar. "arrgghhh laparnya.." jerit Finah sambil tangannya mencicap rendang kerang ke lidahnya.

"Finahh..cuba amek piring kot iye pun lapar..." jerkah ibu Finah. Finah adalah anak perempuan bongsu dalam keluarganya. Bila di kampung perangainya terserlah bila bersama Ibu dan Ayahnya. Keluarga Finah sebuah keluarga bahagia di mata Mia. Sungguhpun ahli keluarga Finah besar mereka amat bersatu hati dalam membina sebuah keluarga bahagia berbanding dengan keluarga Mia. Tiba tiba hati Mia tersentuh bila mengingatkan keluarganya pula. Kelopak mata Mia sedikit berair tapi sempat di tahan Mia agar tidak jatuh membasahi pipinya yang gebu.

Mia membawa air teh wangi yang di bancuhnya tadi ke meja makan sambil membawa beberapa piring makan dan di hulurkan ke tangan Finah. "Mia..ko dah rasa nihh rendang kerang..? sedap..Mia meh laa minum.." Finah sempat menjeling ke muka Mia kawan serumahnya itu. Dia tahu riak muka Mia kerana Mia lah satu satunya kawan yang paling akrab dengannya segala isi hati Mia memang Finah dah masak sangat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan