Pengikut

29 November 2010

LAYAKKAH AKU? - 3/6

Berselera sungguh tengahari itu mereka berdua makan lauk korban yang di masak oleh ibu Finah rakan se rumah Mia. Bau sup daging menyemarakkan dapur. Tumisan sup ibu Finah bakal melelehkan air liur sesiapa sahaja yang menghidunya. Mia memanaskan lauk yang di bawa dari kampung utk di buat lauk tambahan tengahari itu. Ibu Finah memang pandai masak. Dulu ibu Finah pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah kilang semasa membesarkan adik beradik Finah masa kecil. Ayah Finah bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah Bank di Pekan. Mereka memang hidup susah anak beranak. Tapi ke susahan mereka di balas dengan kesenangan kini.

Mia tahu semua tu kerana Finah banyak bercerita dengan Mia kisah mereka sekeluarga. Mia kagum dengan keluarga Finah dan pada masa yang sama Mia terhibur dengan keluarga Finah seolah olah Mia macam sudah sangat lama kenal dengan keluarga Finah. Keluarga Finah juga menerima Mia dengan hati terbuka selama ini. Tiba-tiba Finah menyuarakan pada Mia "Mia apakata ko saja lah jadik kakak ipar aku..kan best..". Mia tersentak dengan anjuran Finah itu kepadanya. "Ko hilang akal apa.." jerkah Mia.

Tetapi dalam hati Mia berkata "siapalah aku untuk jadi miliknya...aku tak layak.." Mia mengelamun memikirkan soal jodohnya. "OOiii..aku tanye ko nihh..dengar tak..?" Finah mengejutkan Mia lagi. "Finah..kalaulaah aku nih lelaki boleh laa..takkan laa perigi mencari timba." jawab Mia kepada Finah. "Ohhh tandanya ko setuju laa ye..?" Finah kegirangan. "aahh..mengarutlaa ko Finah.." Mia berlalu sambil mencapai cawan teh o yang kosong di atas meja dan menghilangkan diri ke dapur.

Finah tersenyum senyum kambing keseorangan di ruang tamu rumah teres itu yang hanya dia dan Mia sahaja tinggal sebumbung. Dia mengangguk anggukkan kepala tanda seperti memikirkan sesuatu rancangan untuk Zaha dan Mia. Dia suka sangat sekiranya Mia menjadi kakak iparnya iaitu isteri kepada Zaha abang kandung Finah. Mata Finah memandang ke arah televisyen yang terpasang. Bebola matanya sahaja di situ cerita hujung pangkal langsung tak di pedulikannya. Kepalanya ligat merencana rancangan untuk Mia dan Zaha. Sesekali dia tersengih.

Mia di dapur membasuh cawan teh o yang habis di teguknya tadi semasa bersembang dengan rakan serumahnya Finah. Hatinya masih terdengar dengar dengan soalan Finah tadi. Sesekali kelihatan bibir Mia menguntum senyum sesekali mata Mia seakan sayu. Terlalu banyak yang Mia fikirkan waktu itu agaknya. Namun jauh di sudut hati Mia Zaha memang seorang pemuda yang baik budi pekertinya beruntung siapa yang dapat memiliki hati Zaha langsung menjadi suri hidup Zaha kelak.


23 November 2010

AKHIRNYA KAU JATUH JUA - 3/5

Setelah masing masing melapik perut ala kadar pagi itu dengan rezeki yang di beri Tuhan tiba lah masanya menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam hari kebesaran hari yang penuh dengan rasa pengorbanan demi Tuhan yang mencipta manusia sebagai hambanya. "Cepat sikit awak tu bersiap..kang solat raya jam 8.00..." Ayah Finah mengingatkan ibu Finah termasuk juga kami yang lain. "bu..biar Mia kemaskan semua nih..takpe Ibu pergi lah bersiap.." sambil tangan Mia menarik pinggan pinggan kotor di atas meja untuk di bawa ke singki.

Ibu Finah menggangguk tanda setuju pasal dia tahu Mia sedang uzur dan tak dapat menyertai mereka sama sama bersolat raya pagi itu. "Kamu dah siap Finah.?" tanya Ibu kepada Finah.."dahh orang dari tadi dah siap pun.. nihh haa dah standby dah telekung.." jawab Finah kepada ibunya sambil menunding jari ke beg beranyam di sisinya. Zaha sudah lama berlalu dari meja makan rupanya dia sedang memanaskan enjin kereta untuk bersiap sedia ke Masjid bersama sama yang lain.

Harum semerbak kasturi menusuk lalu ke hidung Mia pabila ayah Finah melewati pintu dapur untuk keluar mendapatkan Zaha yang sudah sedia menantinya di kereta. Minyak atar kegemaran ayah Finah yang pernah di berikan oleh Mia suatu ketika dulu sempena hari bapa telah Mia hadiahkan kepada ayah Finah begitu juga dengan ayah kandung Mia tanda sayang Mia pada dua orang yang bergelar ayah di hati Mia. Mia cuma tersenyum bila mengingatkan itu semua sambil tangannya ligat menari nari dengan air sabun mencuci pinggan mangkuk.

"Mia kami pergi dulu ye!..." sapa Finah pada Mia dan beriringan dengan ibunya di muka pintu dapur mendapatkan kereta Zaha yang kali ini telah di letakkan diluar pagar. Empat susuk tubuh telah berada dalam perut kereta Zaha. Mia berlari anak mendapatkan mereka untuk melihat semuanya pergi dengan selamat. Mia terus menutup pintu dan berlalu kembali menyambung kerjanya yang tertangguh sebentar tadi. Mia menyingsing lengan kurung birunya sambil sekali lagi tanganya bermain dengan air sabun basuh pinggan.

Takbir raya dari corong Masjid jelas kedengaran di telinga Mia. Perlahan lahan Mia sama sama mengungkapkan kata kata pujian mengagungkan keEsaan Allah yang mencipta manusia keluar dari bibir Mia. Tak di sedarinya air mata jatuh jua di pipi setelah sekian lama di tahannya berlenang laju dan panas jatuh bersama sama air pinggan basuhan Mia. Mia sendu Mia pilu. Hatinya sekali lagi di cuit kenangan bersama Ibu dan Ayah kandungnya di kampung halaman. Cuma doa yang dapat di panjatkan agar keduanya bahagia tanpa Mia di sisi.



PUCUK DI CITA ULAM MENDATANG - 3/4

"Mia..jadi ke ko ikut aku balik kampung nih..aku balik ujung minggu nih tau..kau dah buat keputusan muktamat ke..?" bertalu talu soalan Finah kepada Mia. Dia cuma menggangguk tanda setuju dengan soalan Finah itu. Namun hatinya berbelah bahagi samaada di sini atau ikut Finah. Sempena Hari Raya korban tahun ini biarlah dia beralah. Dia berkorban untuk kebahagian orang lain biarpun dirinya tidak bahagia. Maksud Mia kebahagiannya di korbankan untuk keluarganya dan dia pasti kebahagiaan untuk dirinya bakal menunggunya di suatu hari nanti insyaAllah.

"jauh pandangan tu...sampai tembus ke rendang kerang tu ke..?" tegur Zaha pada Mia yang di lihatnya tidak berkedip memandang rendang kerang yang tersedia di dalam mangkuk lauk berbunga tepi itu. Mia tersentak dengan teguran itu. Mia tak perasan yang Zaha telah berada di hadapan meja makan setentang dengan Mia. "errrgghh...tak lah.." Mia tergagap gagap menjawab soalan Zaha. "haaa...aa Mia dari tadi ibu perhati Mia..usah la di tenung aje makanan tu..ibu tahu Mia mesti sukakan ini kan...?" ibu Mia menatang 2 biji mangkuk berisi kuah kacang dan nasi impit segera kesukaan Mia di pagi raya terus di letakkan bersama sama lauk yang lain.

Mia tersentak sekali lagi. Kali ini Mia menguntum senyum yang amat comel di mata Zaha. "Haa..macam tu la..bukannya memandang bagai nak telan pinggan yang ada kat depan tu..." tegur Zaha pada Mia. Hati Mia berbunga lagi bila di lihatnya lauk kegemarannya itu berada di depan mata. Mia seakan ingin memeluk ibu Finah kerana sanggup bersusah payah demi Mia. Mia sayang ibu Finah macam ibunya juga. Kali ini Mia tidak berlengah lagi dia terus mencapai piring dan menyeduk lauk kuah kacang berisi ayam goreng dan 5 6 ketul nasi impit lalu menyuap ke mulutnya tanda puas.

Mia tak hirau lagi Zaha di depannya. Ibu Finah menuang air teh wangi ke cawan lalu di hulurkan kepada anak anaknya. Hati ibu Finah girang melihat anak anaknya di pagi raya itu biarpun anak anak yang lain tidak balek kerana masing masing beraya di rumah mertua masing masing cuma Finah dan Zaha sahaja anaknya yang pulang kekampung kerana mereka berdua sahaja yang tinggal kerana belum lagi berumahtangga.

"assalamualaikum..! " Ayah finah memberi salam lalu terus masuk menyertai mereka yang sedang menjamah sarapan pagi itu. Ayah Finah baru pulang dari surau selepas menunaikan solat subuh. "waalaikumsalam!" jawab mereka serentak. " lewat bang...?" tegur ibu Finah pada suaminya. "ada jamuan sikit tadi di surau...tu yang lewat sikit tu" jawab ayah Finah. Mia menghulurkan air milo secawan kegemaran ayah Finah lalu di letakkan di hadapan ayah Finah. Mia merasakan kegembiraan di hati kedua orang tua Finah begitu juga hati Mia.


22 November 2010

BAGAI ISI DENGAN KUKU - 3/3

Semuanya telah bersiap untuk menunaikan solat Aidiladha. Mia kelihatan manis berbaju biru muda siap dengan tudung yang sedondon menghias kepala. Mia mempunyai kulit yang cerah apapun warna yang di pakainya pasti kena sahaja dengan orangnya. Mia melangkah ke dapur mendapatkan ibu Finah untuk menolongnya apa apa yang patut. Finah pula baru saja keluar dari bilik mandi berselimutkan tuala merah delima di badannya.

"kamu bersolat raya karang Mia? soal ibu Finah. "Mia cuti la bu.." ringkas aje jawapan Mia dengan ibu Finah yang di panggilnya "IBU" itu kerana panggilan itu memang ibu Finah yang meminta Mia memanggilnya begitu kerana dia menganggap Mia seperti anaknya sendiri memandangkan dia cuma ada seorang saja anak perempuan iaitu Siti Janatulfinah Binti Sulaiman atau panggilan manjanya Finah saja.

Mia menyeduk serbuk teh wangi di dalam balang plastik untuk di buat minum pagi itu sebelum mereka semua pergi bersolat raya di surau berdekatan. Kelihatan Finah menuju ke dapur menjinjit beg telekung beranyam yang di belinya semasa bercuti ke Langkawi tahun lepas. Finah duduk di meja makan sambil tangannya cepat membuka tudung saji melihat hidangan yang tersedia di atas meja itu sambil hidungnya menguit nguit mencium bau masakan ibunya pagi itu rendang kerang bersama lemang bakar. "arrgghhh laparnya.." jerit Finah sambil tangannya mencicap rendang kerang ke lidahnya.

"Finahh..cuba amek piring kot iye pun lapar..." jerkah ibu Finah. Finah adalah anak perempuan bongsu dalam keluarganya. Bila di kampung perangainya terserlah bila bersama Ibu dan Ayahnya. Keluarga Finah sebuah keluarga bahagia di mata Mia. Sungguhpun ahli keluarga Finah besar mereka amat bersatu hati dalam membina sebuah keluarga bahagia berbanding dengan keluarga Mia. Tiba tiba hati Mia tersentuh bila mengingatkan keluarganya pula. Kelopak mata Mia sedikit berair tapi sempat di tahan Mia agar tidak jatuh membasahi pipinya yang gebu.

Mia membawa air teh wangi yang di bancuhnya tadi ke meja makan sambil membawa beberapa piring makan dan di hulurkan ke tangan Finah. "Mia..ko dah rasa nihh rendang kerang..? sedap..Mia meh laa minum.." Finah sempat menjeling ke muka Mia kawan serumahnya itu. Dia tahu riak muka Mia kerana Mia lah satu satunya kawan yang paling akrab dengannya segala isi hati Mia memang Finah dah masak sangat.


HATI BERBUNGA - 3/2

Selesai saja mandi Mia terasa bagai nak melabur la pulak. Pagi pagi begini kalau tak ke rumah kecik tu tak sah ngomel hati Mia. Aduhh! jamban dekat luar rumah la pulak. Mia terlupa dia rupanya di kampung Finah. Tapi Mia seakan sudah biasa dengan suasana di kampung Finah kerana bukan saja kali ini Mia ikut Finah balik kampung kerap juga la Mia ke kampung Finah. Bila musim cuti panjang Mia kerap ikut Finah balik. Bukan Mia tak ada kampung halaman sendiri tetapi Mia seronok berada di samping keluarga Finah teman serumahnya itu yang sudah lama dikenalinya. Finah dan Mia dah macam adik beradik gamaknya.
Ketika Mia hendak membuka suis lampu jamban di luar Mia lihat kelibat Ayah Mia lengkap berjubah putih dan berketayap. Ayah Finah segak orangnya bersiap nak ke surau gamaknya tu. Mia cepat cepat keluar menuju ke jamban pasal perutnya dah tak tahan menanggung isi perut yang bakal di keluarkan sekejap lagi. Cuaca di luar masih gelap lagi maklumla duduk di kampung memang lambat cerah bukan macam di tempat Mia kalau kata pagi dah menjelang pasti cerah seluruh alam. Di kampung Finah suasana kampungnya masih terpelihara bau harum segar pagi masih terasa di sini.
Lamunan Mia terhenti pabila Mia terdengar bunyi enjin motor Ayah Finah berderum memecah subuh pagi itu. Tiba tiba pintu jamban Mia di gendang bertalu talu..."ooiii cepatla sikit...sapa kat dalam nihh...adoiii !" ehh itu bunyi suara Finah tu. Mia berdehem 2 3 kali menandakan dia yang berada di dalam. "Weiii Mia cepat laa sikit...memerut tu..aku dah tak tahan nihh...weii! " kedengaran suara Finah menjerit suruh lekas. Ntah apa kene perut masing masing meragam pagi itu. Mia tersengih mendengarkan suara Finah begitu. Adat la kan di kampung suasana begitu pasti terjadi. Mia cepat cepat membersihkan apa yang patut untuk memberikan laluan kepada Finah pulak.
Selesai saja Mia terus membuka pintu jamban dan Finah terus saja menyerbu masuk tanda dah tak tahan sesangat. Tergelak Mia melihat gelagat Finah begitu. Suara azan bilal surau mula kedengaran tanda waktu subuh telah tiba. Mia terus ke bilik mandi membersihkan diri untuk menunaikan solat subuh pagi itu. Kelihatan ibu Finah menjerang air dan sesekali terdengar suara orang tua itu bersin. Sejuk gamaknya. Mia keluar dari bilik mandi sambil melitupkan tuala di kepalanya. Tiba tiba Mia berselisih dengan jejaka pujaan hatinya. Bergetar jantung Mia.
"Ehh bila abang sampai..?" terpacul soalan itu dari mulut Mia. "Malam tadi.." balas Zaha ringkas pada sapaan Mia. Zaha atau nama sebenarnya Azahar Bin Sulaiman abang kandung kepada Finah teman serumah Mia. Zaha lengkap berkain pelikat hijau dan berbaju melayu juga hijau sungguh segak nampanya di mata Mia. Mia memang suka dengan keperibadian Zaha yang sejak di kenalinya seorang yang sukar di dekati dan kurang bercakap itu. Mia kagum dengan Zaha seorang pemuda yang punya pendidikan tinggi dan berjawatan malah tahap kekacakkannya juga boleh tahan juga tapi sukar bagi wanita di kelilingnya mendekatinya malah untuk menambat hatinya pun jauh sekali.

PAGI YANG PILU - 3/1

Malam semakin melabuhkan tirainya mata Mia seakan tidak mahu lelap lelap. Dia risau dengan keadaan dirinya yang sudah seminggu macam orang hilang punca serba tak kene pada diri Mia. Resah gelisah membaluti dirinya malam itu. Hatinya mengertus sendirian "iihh..mata ni lelap la hendaknya..kang dah nak subuh baru laa dia sibuk nak tidur.." sambil badannya di hempas ke kiri dan ke kanan melayan kerenah matanya yang sukar nak tidur. Ntah kenapa sejak akhir akhir ini Mia memang mengalami sintom sukar untuk tidur. Dia memandang ke kiri di lihatnya Finah teman serumahnya itu sedang kusyuk benar tidurnya sehinggakan sesekali terdengar dengkuran kecil memecah kesunyian bilik tidur Mia. Cemburu Mia melihat keadaan Finah sebegitu. Alangkah seronoknya kalau Mia dapat mata semacam Finah pantang letak saja kepala terus terlena di buai mimpi indah.



Tiba tiba Mia terdengar suara kokokan ayam bersahut sahutan di luar rumah tanda tanda subuh bakal mendatang dan malam bakal menutup tirainya menggantikan siang. Arrrghhh..Mia bengang di waktu itu barulah matanya seakan mula kelat nak tidur dalam hatinya berkata "adoii pakkal umah orang nih..kalau umah sendiri dah pasti aku bangun lambat la nihh.." Sebenarnya Mia di rumah mak ayah Finah teman serumahnya itu. Dia mengikuti Finah balik kekampung sempena Hari Raya Korban kali ini. Bukannya Mia tak mahu beraya bersama keluarganya tetapi oleh kerana hatinya yang kecewa dan terluka dia membawa diri merantau ke kampung orang membawa rajuk hati yang luka bernanah.



Suara bilal melaungkan zikir pagi itu mengejutkan Mia dekat benar suara itu bagai di celah telinga. Mia menggapai telefon bimbitnya di bawah bantal. Melihat waktu belum masuk subuh lagi rupanya detik hati Mia. Finah kelihatan masih bergulung dengan selimut kesejukkan gamaknya. Alunan suara bilal itu masih berkumandang di celah cerobong suara speaker di surau berdekatan. Sesekali hati Mia seakan mengikuti rentak alunan zikir itu sambil matanya tertutup rapat. Sekejap sekejap badannya di pusing ke kanan sekejap sekejap kekiri seakan resah mau rasanya dia bangun saja tetapi orang orang dalam rumah itu semuanya belum lagi menampakkan kelibat diri masing masing.



Mia teringatkan ibunya. Selalunya pagi pagi begini dia pasti terciumkan bau sambal kuah kacang dan rendang daging beserta gulai kari darat kesukaannya itu diperangatkan oleh ibunya untuk dicicah bersama nasi impit di pagi raya. Namun semua itu cuma harapan Mia yang pasti sekarang ini dia tidak dapat merasa semua itu kerana dia sekarang bukannya beraya bersama keluarganya. Harapannya terpaksa mati di situ sahaja dan dia kena terima hakikatnya yang dia sekarang berada di kampung Finah teman serumahnya itu.



Tiba tiba hati Mia mula sebak. Sendu yang datang pagi itu membuatkan Mia langsung tak meneruskan lelapan matanya. Mia terus bangun sambil mengenyeh genyehkan matanya yang pedih dengan genangan airmata. Sesekali terdengar sendu dalam diri Mia. Mia bangun mencapai tuala yang di sidai di tepi begnya malam tadi menuju ke bilik mandi. Mia berselisih dengan ibu Finah di depan pintu bilik mandi rupanya orang tua itu lebih awal bangunnya dari Mia. Mereka cuma berbalas senyum pagi itu.

.

KENAPA AKU MANGSANYA? - 2/4

Selalunya Mia pasti akan memanggil Finah teman serumahnya untuk makan sekali. Namun malam itu Mia hanya mendiamkan diri cuma dia saja mengadap makanan yang di masaknya. Hati Mia tidak sekejam itu dia menyendukkan jugak nasi sepinggan untuk Finah tetapi cuma di letakkan di bawah tudung saji sahaja tanpa memanggil Finah untuk turut serta seperti selalu. Mia ingin bersendirian melayan perasaannya. Entah mengapa malam itu Finah menjadi mangsa. Mangsa kepada jiwa kacau Mia.

Finah bengang. Bila di soal dia diam. Bila di tegur dia muncung. "Apalah masalah si Mia nih..lagi!" bisik hati Finah. Rupanya Finah mengurungkan diri didalam biliknya. Dia tahu benar dengan sikap Mia yang sudah 9 tahun di kenalinya. Teman serumah yang kadangkala perangainya agak pelik dirasakan. Tak pasal-pasal Finah akan menjadi mangsa Mia bila dia berkeadaan demikian jadi Finah mengambil sikap mendiamkan saja temanya itu yang berangin satu badan.

"Aikk tak teringin ker nak makan? takkan tak tercium bau telur dadar dan ikan gelama masam yang menusuk nusuk idung nih..penat jer aku masak" hati Mia mengomel. Sedangkan baunya memang satu rumah melekat. Takan tak ada yang tergoda. Mia masih lagi menyuap nasi goreng ke muluntnya sambil hatinya tertanya tanyakan Finah. Masa Mia di dapur tadi Finah masih di sofa tetapi bila Mia kedepan membawa semua masakannya tadi Mia lihat ruang tamu itu kosong. "Mana pulak perginya si Finah nih?"

Mia sebenarnya tak sampai hati membiarkan teman serumahnya itu kebulur tak makan malam itu. Tapi dek kerana hatinya yang membeku dek kerana hatinya yang keliru dia malas nak menegur si Finah malam itu. Kesian Finah menjadi mangsanya malam ini. Namun hati seorang teman serumah masih menebal di hati Mia. Dia cuma meninggalkan sedikit lauk pauk yang di masaknya tadi untuk Finah. Biarlah Finah menyusul selepasnya nanti untuk makan. Baki lauk di tinggalkan untuk Finah di bawah tudung saji.

Selesai saja makan Mia membawa pinggan ke dapur."Burrp..Alhamdulillah" kenyang perut Mia malam itu. "Angin angin jugak yang pasti perut nih kene di isi kang penyakit lain pulak yang datang. Siapa susah? Akuuu jugak..hehehe.." Mia membebelkan dirinya sendiri. "Ko nak makan kang pandai pandai laa ko cari bawah tudung saji tu kang Finah..dah aku tinggalkan sikit untuk kau.." lagi sekali hati Mia teringatkan Finah.


.

EMM..SEDAPNYA - 2/3

Sambil melayan gundah gulana hati mata Mia sempat lagi menjeling suara yang menegurnya tadi di sebalik celah juntaian langsir kuning lembut berbunga tulip. Suara itu masih di situ mengadap skrin tv kosong di hadapannya. Suara itu seakan membisu menyoal diri. Mia kembali dengan dunianya. Tiba-tiba perutnya seakan mohon simpati. "aku lapar..aku lapar nihh bila nak makan?" Mia terus teringatkan nasi semalam yang sudah di perangatkan siang tadi masih tertenggek di dapur belum di sentuh.

Mia bangun menutup suis kipas yang di pasangnya tadi. Bilik peraduan itu bagaikan ketuhar kecil bagi dirinya tika itu. Dia berlalu meninggalkan kamar itu sementara waktu. Kakinya laju melangkah ke dapur. Perutnya bernyanyi lagi. Berkeroncong seakan lagu "Kerongcong Untuk Ana" nyanyian sifu malaysia M.Nasir. Mia berlalu di sebelah suara tadi dengan penuh keegoan. Suara itu bagaikan patung bernyawa yang kehilangan punca.

Mia mencapai lesung batu di dapur. Hatinya berbisik "Goreng je la nasik nih..malas dahh nak buat yang lain". Peti Ais di buka cili api kampung yang pendek hijau menyala memang pedas berhantu Mia capai. Tangannya leka mematahkan batang batang cili untuk di tumbuk dan di goreng bersama nasi nanti. Menunya malam itu memang ringkas. Nasi goreng telur dadar. Tiba-tiba matanya terpandangkan ikan gelama masam di para betul betul tinggal seekor. Jadilah buat mengalas perutnya malam ini.

Harum bau telur dadar dan ikan gelama masam pasti memikat sesiapa yang menghidunya. Tangan Mia pantas menggoreng nasi takut terhangit. Umpama tukang masak professional gamaknya. Lengkang lengkung sudip berlaga kuali. Makin rancak tangan Mia menggaul nasi goreng. Api marak membakar bontot kuali. Semarak sendu di hati Mia. Hidungnya masih terhidu ikan masam gelama dan telur dadar yang siap di masak dan di hidang. Perut Mia mengamuk mintak di isi."Sabar la perut." gertus Mia.

Ok semuanya siap. Mia menceduk nasi ke dalam pinggan. Dua pinggan kosong tadi telah berisi nasi. Mia tidak seperti selalu. Nasi di bawa ke dada meja kaca bersama sama dua lagi lauk yang lain. Sombongnya semakin menjadi. Tangannya terus saja menjamah nasi ke mulut bagai tak sabar sekali tokohnya. Namun suara yang menegurnya tadi hilang dari pandangan. Kerusi yang tadi ada orang tiba tiba sunyi sepi. Mia masih leka menyuap. Sesekali telur dadar dan ikan gelama masam di cubitnya. Hatinya mula sebak kembali.
.