Pengikut

29 November 2010

LAYAKKAH AKU? - 3/6

Berselera sungguh tengahari itu mereka berdua makan lauk korban yang di masak oleh ibu Finah rakan se rumah Mia. Bau sup daging menyemarakkan dapur. Tumisan sup ibu Finah bakal melelehkan air liur sesiapa sahaja yang menghidunya. Mia memanaskan lauk yang di bawa dari kampung utk di buat lauk tambahan tengahari itu. Ibu Finah memang pandai masak. Dulu ibu Finah pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah kilang semasa membesarkan adik beradik Finah masa kecil. Ayah Finah bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah Bank di Pekan. Mereka memang hidup susah anak beranak. Tapi ke susahan mereka di balas dengan kesenangan kini.

Mia tahu semua tu kerana Finah banyak bercerita dengan Mia kisah mereka sekeluarga. Mia kagum dengan keluarga Finah dan pada masa yang sama Mia terhibur dengan keluarga Finah seolah olah Mia macam sudah sangat lama kenal dengan keluarga Finah. Keluarga Finah juga menerima Mia dengan hati terbuka selama ini. Tiba-tiba Finah menyuarakan pada Mia "Mia apakata ko saja lah jadik kakak ipar aku..kan best..". Mia tersentak dengan anjuran Finah itu kepadanya. "Ko hilang akal apa.." jerkah Mia.

Tetapi dalam hati Mia berkata "siapalah aku untuk jadi miliknya...aku tak layak.." Mia mengelamun memikirkan soal jodohnya. "OOiii..aku tanye ko nihh..dengar tak..?" Finah mengejutkan Mia lagi. "Finah..kalaulaah aku nih lelaki boleh laa..takkan laa perigi mencari timba." jawab Mia kepada Finah. "Ohhh tandanya ko setuju laa ye..?" Finah kegirangan. "aahh..mengarutlaa ko Finah.." Mia berlalu sambil mencapai cawan teh o yang kosong di atas meja dan menghilangkan diri ke dapur.

Finah tersenyum senyum kambing keseorangan di ruang tamu rumah teres itu yang hanya dia dan Mia sahaja tinggal sebumbung. Dia mengangguk anggukkan kepala tanda seperti memikirkan sesuatu rancangan untuk Zaha dan Mia. Dia suka sangat sekiranya Mia menjadi kakak iparnya iaitu isteri kepada Zaha abang kandung Finah. Mata Finah memandang ke arah televisyen yang terpasang. Bebola matanya sahaja di situ cerita hujung pangkal langsung tak di pedulikannya. Kepalanya ligat merencana rancangan untuk Mia dan Zaha. Sesekali dia tersengih.

Mia di dapur membasuh cawan teh o yang habis di teguknya tadi semasa bersembang dengan rakan serumahnya Finah. Hatinya masih terdengar dengar dengan soalan Finah tadi. Sesekali kelihatan bibir Mia menguntum senyum sesekali mata Mia seakan sayu. Terlalu banyak yang Mia fikirkan waktu itu agaknya. Namun jauh di sudut hati Mia Zaha memang seorang pemuda yang baik budi pekertinya beruntung siapa yang dapat memiliki hati Zaha langsung menjadi suri hidup Zaha kelak.


23 November 2010

AKHIRNYA KAU JATUH JUA - 3/5

Setelah masing masing melapik perut ala kadar pagi itu dengan rezeki yang di beri Tuhan tiba lah masanya menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam hari kebesaran hari yang penuh dengan rasa pengorbanan demi Tuhan yang mencipta manusia sebagai hambanya. "Cepat sikit awak tu bersiap..kang solat raya jam 8.00..." Ayah Finah mengingatkan ibu Finah termasuk juga kami yang lain. "bu..biar Mia kemaskan semua nih..takpe Ibu pergi lah bersiap.." sambil tangan Mia menarik pinggan pinggan kotor di atas meja untuk di bawa ke singki.

Ibu Finah menggangguk tanda setuju pasal dia tahu Mia sedang uzur dan tak dapat menyertai mereka sama sama bersolat raya pagi itu. "Kamu dah siap Finah.?" tanya Ibu kepada Finah.."dahh orang dari tadi dah siap pun.. nihh haa dah standby dah telekung.." jawab Finah kepada ibunya sambil menunding jari ke beg beranyam di sisinya. Zaha sudah lama berlalu dari meja makan rupanya dia sedang memanaskan enjin kereta untuk bersiap sedia ke Masjid bersama sama yang lain.

Harum semerbak kasturi menusuk lalu ke hidung Mia pabila ayah Finah melewati pintu dapur untuk keluar mendapatkan Zaha yang sudah sedia menantinya di kereta. Minyak atar kegemaran ayah Finah yang pernah di berikan oleh Mia suatu ketika dulu sempena hari bapa telah Mia hadiahkan kepada ayah Finah begitu juga dengan ayah kandung Mia tanda sayang Mia pada dua orang yang bergelar ayah di hati Mia. Mia cuma tersenyum bila mengingatkan itu semua sambil tangannya ligat menari nari dengan air sabun mencuci pinggan mangkuk.

"Mia kami pergi dulu ye!..." sapa Finah pada Mia dan beriringan dengan ibunya di muka pintu dapur mendapatkan kereta Zaha yang kali ini telah di letakkan diluar pagar. Empat susuk tubuh telah berada dalam perut kereta Zaha. Mia berlari anak mendapatkan mereka untuk melihat semuanya pergi dengan selamat. Mia terus menutup pintu dan berlalu kembali menyambung kerjanya yang tertangguh sebentar tadi. Mia menyingsing lengan kurung birunya sambil sekali lagi tanganya bermain dengan air sabun basuh pinggan.

Takbir raya dari corong Masjid jelas kedengaran di telinga Mia. Perlahan lahan Mia sama sama mengungkapkan kata kata pujian mengagungkan keEsaan Allah yang mencipta manusia keluar dari bibir Mia. Tak di sedarinya air mata jatuh jua di pipi setelah sekian lama di tahannya berlenang laju dan panas jatuh bersama sama air pinggan basuhan Mia. Mia sendu Mia pilu. Hatinya sekali lagi di cuit kenangan bersama Ibu dan Ayah kandungnya di kampung halaman. Cuma doa yang dapat di panjatkan agar keduanya bahagia tanpa Mia di sisi.



PUCUK DI CITA ULAM MENDATANG - 3/4

"Mia..jadi ke ko ikut aku balik kampung nih..aku balik ujung minggu nih tau..kau dah buat keputusan muktamat ke..?" bertalu talu soalan Finah kepada Mia. Dia cuma menggangguk tanda setuju dengan soalan Finah itu. Namun hatinya berbelah bahagi samaada di sini atau ikut Finah. Sempena Hari Raya korban tahun ini biarlah dia beralah. Dia berkorban untuk kebahagian orang lain biarpun dirinya tidak bahagia. Maksud Mia kebahagiannya di korbankan untuk keluarganya dan dia pasti kebahagiaan untuk dirinya bakal menunggunya di suatu hari nanti insyaAllah.

"jauh pandangan tu...sampai tembus ke rendang kerang tu ke..?" tegur Zaha pada Mia yang di lihatnya tidak berkedip memandang rendang kerang yang tersedia di dalam mangkuk lauk berbunga tepi itu. Mia tersentak dengan teguran itu. Mia tak perasan yang Zaha telah berada di hadapan meja makan setentang dengan Mia. "errrgghh...tak lah.." Mia tergagap gagap menjawab soalan Zaha. "haaa...aa Mia dari tadi ibu perhati Mia..usah la di tenung aje makanan tu..ibu tahu Mia mesti sukakan ini kan...?" ibu Mia menatang 2 biji mangkuk berisi kuah kacang dan nasi impit segera kesukaan Mia di pagi raya terus di letakkan bersama sama lauk yang lain.

Mia tersentak sekali lagi. Kali ini Mia menguntum senyum yang amat comel di mata Zaha. "Haa..macam tu la..bukannya memandang bagai nak telan pinggan yang ada kat depan tu..." tegur Zaha pada Mia. Hati Mia berbunga lagi bila di lihatnya lauk kegemarannya itu berada di depan mata. Mia seakan ingin memeluk ibu Finah kerana sanggup bersusah payah demi Mia. Mia sayang ibu Finah macam ibunya juga. Kali ini Mia tidak berlengah lagi dia terus mencapai piring dan menyeduk lauk kuah kacang berisi ayam goreng dan 5 6 ketul nasi impit lalu menyuap ke mulutnya tanda puas.

Mia tak hirau lagi Zaha di depannya. Ibu Finah menuang air teh wangi ke cawan lalu di hulurkan kepada anak anaknya. Hati ibu Finah girang melihat anak anaknya di pagi raya itu biarpun anak anak yang lain tidak balek kerana masing masing beraya di rumah mertua masing masing cuma Finah dan Zaha sahaja anaknya yang pulang kekampung kerana mereka berdua sahaja yang tinggal kerana belum lagi berumahtangga.

"assalamualaikum..! " Ayah finah memberi salam lalu terus masuk menyertai mereka yang sedang menjamah sarapan pagi itu. Ayah Finah baru pulang dari surau selepas menunaikan solat subuh. "waalaikumsalam!" jawab mereka serentak. " lewat bang...?" tegur ibu Finah pada suaminya. "ada jamuan sikit tadi di surau...tu yang lewat sikit tu" jawab ayah Finah. Mia menghulurkan air milo secawan kegemaran ayah Finah lalu di letakkan di hadapan ayah Finah. Mia merasakan kegembiraan di hati kedua orang tua Finah begitu juga hati Mia.


22 November 2010

BAGAI ISI DENGAN KUKU - 3/3

Semuanya telah bersiap untuk menunaikan solat Aidiladha. Mia kelihatan manis berbaju biru muda siap dengan tudung yang sedondon menghias kepala. Mia mempunyai kulit yang cerah apapun warna yang di pakainya pasti kena sahaja dengan orangnya. Mia melangkah ke dapur mendapatkan ibu Finah untuk menolongnya apa apa yang patut. Finah pula baru saja keluar dari bilik mandi berselimutkan tuala merah delima di badannya.

"kamu bersolat raya karang Mia? soal ibu Finah. "Mia cuti la bu.." ringkas aje jawapan Mia dengan ibu Finah yang di panggilnya "IBU" itu kerana panggilan itu memang ibu Finah yang meminta Mia memanggilnya begitu kerana dia menganggap Mia seperti anaknya sendiri memandangkan dia cuma ada seorang saja anak perempuan iaitu Siti Janatulfinah Binti Sulaiman atau panggilan manjanya Finah saja.

Mia menyeduk serbuk teh wangi di dalam balang plastik untuk di buat minum pagi itu sebelum mereka semua pergi bersolat raya di surau berdekatan. Kelihatan Finah menuju ke dapur menjinjit beg telekung beranyam yang di belinya semasa bercuti ke Langkawi tahun lepas. Finah duduk di meja makan sambil tangannya cepat membuka tudung saji melihat hidangan yang tersedia di atas meja itu sambil hidungnya menguit nguit mencium bau masakan ibunya pagi itu rendang kerang bersama lemang bakar. "arrgghhh laparnya.." jerit Finah sambil tangannya mencicap rendang kerang ke lidahnya.

"Finahh..cuba amek piring kot iye pun lapar..." jerkah ibu Finah. Finah adalah anak perempuan bongsu dalam keluarganya. Bila di kampung perangainya terserlah bila bersama Ibu dan Ayahnya. Keluarga Finah sebuah keluarga bahagia di mata Mia. Sungguhpun ahli keluarga Finah besar mereka amat bersatu hati dalam membina sebuah keluarga bahagia berbanding dengan keluarga Mia. Tiba tiba hati Mia tersentuh bila mengingatkan keluarganya pula. Kelopak mata Mia sedikit berair tapi sempat di tahan Mia agar tidak jatuh membasahi pipinya yang gebu.

Mia membawa air teh wangi yang di bancuhnya tadi ke meja makan sambil membawa beberapa piring makan dan di hulurkan ke tangan Finah. "Mia..ko dah rasa nihh rendang kerang..? sedap..Mia meh laa minum.." Finah sempat menjeling ke muka Mia kawan serumahnya itu. Dia tahu riak muka Mia kerana Mia lah satu satunya kawan yang paling akrab dengannya segala isi hati Mia memang Finah dah masak sangat.


HATI BERBUNGA - 3/2

Selesai saja mandi Mia terasa bagai nak melabur la pulak. Pagi pagi begini kalau tak ke rumah kecik tu tak sah ngomel hati Mia. Aduhh! jamban dekat luar rumah la pulak. Mia terlupa dia rupanya di kampung Finah. Tapi Mia seakan sudah biasa dengan suasana di kampung Finah kerana bukan saja kali ini Mia ikut Finah balik kampung kerap juga la Mia ke kampung Finah. Bila musim cuti panjang Mia kerap ikut Finah balik. Bukan Mia tak ada kampung halaman sendiri tetapi Mia seronok berada di samping keluarga Finah teman serumahnya itu yang sudah lama dikenalinya. Finah dan Mia dah macam adik beradik gamaknya.
Ketika Mia hendak membuka suis lampu jamban di luar Mia lihat kelibat Ayah Mia lengkap berjubah putih dan berketayap. Ayah Finah segak orangnya bersiap nak ke surau gamaknya tu. Mia cepat cepat keluar menuju ke jamban pasal perutnya dah tak tahan menanggung isi perut yang bakal di keluarkan sekejap lagi. Cuaca di luar masih gelap lagi maklumla duduk di kampung memang lambat cerah bukan macam di tempat Mia kalau kata pagi dah menjelang pasti cerah seluruh alam. Di kampung Finah suasana kampungnya masih terpelihara bau harum segar pagi masih terasa di sini.
Lamunan Mia terhenti pabila Mia terdengar bunyi enjin motor Ayah Finah berderum memecah subuh pagi itu. Tiba tiba pintu jamban Mia di gendang bertalu talu..."ooiii cepatla sikit...sapa kat dalam nihh...adoiii !" ehh itu bunyi suara Finah tu. Mia berdehem 2 3 kali menandakan dia yang berada di dalam. "Weiii Mia cepat laa sikit...memerut tu..aku dah tak tahan nihh...weii! " kedengaran suara Finah menjerit suruh lekas. Ntah apa kene perut masing masing meragam pagi itu. Mia tersengih mendengarkan suara Finah begitu. Adat la kan di kampung suasana begitu pasti terjadi. Mia cepat cepat membersihkan apa yang patut untuk memberikan laluan kepada Finah pulak.
Selesai saja Mia terus membuka pintu jamban dan Finah terus saja menyerbu masuk tanda dah tak tahan sesangat. Tergelak Mia melihat gelagat Finah begitu. Suara azan bilal surau mula kedengaran tanda waktu subuh telah tiba. Mia terus ke bilik mandi membersihkan diri untuk menunaikan solat subuh pagi itu. Kelihatan ibu Finah menjerang air dan sesekali terdengar suara orang tua itu bersin. Sejuk gamaknya. Mia keluar dari bilik mandi sambil melitupkan tuala di kepalanya. Tiba tiba Mia berselisih dengan jejaka pujaan hatinya. Bergetar jantung Mia.
"Ehh bila abang sampai..?" terpacul soalan itu dari mulut Mia. "Malam tadi.." balas Zaha ringkas pada sapaan Mia. Zaha atau nama sebenarnya Azahar Bin Sulaiman abang kandung kepada Finah teman serumah Mia. Zaha lengkap berkain pelikat hijau dan berbaju melayu juga hijau sungguh segak nampanya di mata Mia. Mia memang suka dengan keperibadian Zaha yang sejak di kenalinya seorang yang sukar di dekati dan kurang bercakap itu. Mia kagum dengan Zaha seorang pemuda yang punya pendidikan tinggi dan berjawatan malah tahap kekacakkannya juga boleh tahan juga tapi sukar bagi wanita di kelilingnya mendekatinya malah untuk menambat hatinya pun jauh sekali.

PAGI YANG PILU - 3/1

Malam semakin melabuhkan tirainya mata Mia seakan tidak mahu lelap lelap. Dia risau dengan keadaan dirinya yang sudah seminggu macam orang hilang punca serba tak kene pada diri Mia. Resah gelisah membaluti dirinya malam itu. Hatinya mengertus sendirian "iihh..mata ni lelap la hendaknya..kang dah nak subuh baru laa dia sibuk nak tidur.." sambil badannya di hempas ke kiri dan ke kanan melayan kerenah matanya yang sukar nak tidur. Ntah kenapa sejak akhir akhir ini Mia memang mengalami sintom sukar untuk tidur. Dia memandang ke kiri di lihatnya Finah teman serumahnya itu sedang kusyuk benar tidurnya sehinggakan sesekali terdengar dengkuran kecil memecah kesunyian bilik tidur Mia. Cemburu Mia melihat keadaan Finah sebegitu. Alangkah seronoknya kalau Mia dapat mata semacam Finah pantang letak saja kepala terus terlena di buai mimpi indah.



Tiba tiba Mia terdengar suara kokokan ayam bersahut sahutan di luar rumah tanda tanda subuh bakal mendatang dan malam bakal menutup tirainya menggantikan siang. Arrrghhh..Mia bengang di waktu itu barulah matanya seakan mula kelat nak tidur dalam hatinya berkata "adoii pakkal umah orang nih..kalau umah sendiri dah pasti aku bangun lambat la nihh.." Sebenarnya Mia di rumah mak ayah Finah teman serumahnya itu. Dia mengikuti Finah balik kekampung sempena Hari Raya Korban kali ini. Bukannya Mia tak mahu beraya bersama keluarganya tetapi oleh kerana hatinya yang kecewa dan terluka dia membawa diri merantau ke kampung orang membawa rajuk hati yang luka bernanah.



Suara bilal melaungkan zikir pagi itu mengejutkan Mia dekat benar suara itu bagai di celah telinga. Mia menggapai telefon bimbitnya di bawah bantal. Melihat waktu belum masuk subuh lagi rupanya detik hati Mia. Finah kelihatan masih bergulung dengan selimut kesejukkan gamaknya. Alunan suara bilal itu masih berkumandang di celah cerobong suara speaker di surau berdekatan. Sesekali hati Mia seakan mengikuti rentak alunan zikir itu sambil matanya tertutup rapat. Sekejap sekejap badannya di pusing ke kanan sekejap sekejap kekiri seakan resah mau rasanya dia bangun saja tetapi orang orang dalam rumah itu semuanya belum lagi menampakkan kelibat diri masing masing.



Mia teringatkan ibunya. Selalunya pagi pagi begini dia pasti terciumkan bau sambal kuah kacang dan rendang daging beserta gulai kari darat kesukaannya itu diperangatkan oleh ibunya untuk dicicah bersama nasi impit di pagi raya. Namun semua itu cuma harapan Mia yang pasti sekarang ini dia tidak dapat merasa semua itu kerana dia sekarang bukannya beraya bersama keluarganya. Harapannya terpaksa mati di situ sahaja dan dia kena terima hakikatnya yang dia sekarang berada di kampung Finah teman serumahnya itu.



Tiba tiba hati Mia mula sebak. Sendu yang datang pagi itu membuatkan Mia langsung tak meneruskan lelapan matanya. Mia terus bangun sambil mengenyeh genyehkan matanya yang pedih dengan genangan airmata. Sesekali terdengar sendu dalam diri Mia. Mia bangun mencapai tuala yang di sidai di tepi begnya malam tadi menuju ke bilik mandi. Mia berselisih dengan ibu Finah di depan pintu bilik mandi rupanya orang tua itu lebih awal bangunnya dari Mia. Mereka cuma berbalas senyum pagi itu.

.

KENAPA AKU MANGSANYA? - 2/4

Selalunya Mia pasti akan memanggil Finah teman serumahnya untuk makan sekali. Namun malam itu Mia hanya mendiamkan diri cuma dia saja mengadap makanan yang di masaknya. Hati Mia tidak sekejam itu dia menyendukkan jugak nasi sepinggan untuk Finah tetapi cuma di letakkan di bawah tudung saji sahaja tanpa memanggil Finah untuk turut serta seperti selalu. Mia ingin bersendirian melayan perasaannya. Entah mengapa malam itu Finah menjadi mangsa. Mangsa kepada jiwa kacau Mia.

Finah bengang. Bila di soal dia diam. Bila di tegur dia muncung. "Apalah masalah si Mia nih..lagi!" bisik hati Finah. Rupanya Finah mengurungkan diri didalam biliknya. Dia tahu benar dengan sikap Mia yang sudah 9 tahun di kenalinya. Teman serumah yang kadangkala perangainya agak pelik dirasakan. Tak pasal-pasal Finah akan menjadi mangsa Mia bila dia berkeadaan demikian jadi Finah mengambil sikap mendiamkan saja temanya itu yang berangin satu badan.

"Aikk tak teringin ker nak makan? takkan tak tercium bau telur dadar dan ikan gelama masam yang menusuk nusuk idung nih..penat jer aku masak" hati Mia mengomel. Sedangkan baunya memang satu rumah melekat. Takan tak ada yang tergoda. Mia masih lagi menyuap nasi goreng ke muluntnya sambil hatinya tertanya tanyakan Finah. Masa Mia di dapur tadi Finah masih di sofa tetapi bila Mia kedepan membawa semua masakannya tadi Mia lihat ruang tamu itu kosong. "Mana pulak perginya si Finah nih?"

Mia sebenarnya tak sampai hati membiarkan teman serumahnya itu kebulur tak makan malam itu. Tapi dek kerana hatinya yang membeku dek kerana hatinya yang keliru dia malas nak menegur si Finah malam itu. Kesian Finah menjadi mangsanya malam ini. Namun hati seorang teman serumah masih menebal di hati Mia. Dia cuma meninggalkan sedikit lauk pauk yang di masaknya tadi untuk Finah. Biarlah Finah menyusul selepasnya nanti untuk makan. Baki lauk di tinggalkan untuk Finah di bawah tudung saji.

Selesai saja makan Mia membawa pinggan ke dapur."Burrp..Alhamdulillah" kenyang perut Mia malam itu. "Angin angin jugak yang pasti perut nih kene di isi kang penyakit lain pulak yang datang. Siapa susah? Akuuu jugak..hehehe.." Mia membebelkan dirinya sendiri. "Ko nak makan kang pandai pandai laa ko cari bawah tudung saji tu kang Finah..dah aku tinggalkan sikit untuk kau.." lagi sekali hati Mia teringatkan Finah.


.

EMM..SEDAPNYA - 2/3

Sambil melayan gundah gulana hati mata Mia sempat lagi menjeling suara yang menegurnya tadi di sebalik celah juntaian langsir kuning lembut berbunga tulip. Suara itu masih di situ mengadap skrin tv kosong di hadapannya. Suara itu seakan membisu menyoal diri. Mia kembali dengan dunianya. Tiba-tiba perutnya seakan mohon simpati. "aku lapar..aku lapar nihh bila nak makan?" Mia terus teringatkan nasi semalam yang sudah di perangatkan siang tadi masih tertenggek di dapur belum di sentuh.

Mia bangun menutup suis kipas yang di pasangnya tadi. Bilik peraduan itu bagaikan ketuhar kecil bagi dirinya tika itu. Dia berlalu meninggalkan kamar itu sementara waktu. Kakinya laju melangkah ke dapur. Perutnya bernyanyi lagi. Berkeroncong seakan lagu "Kerongcong Untuk Ana" nyanyian sifu malaysia M.Nasir. Mia berlalu di sebelah suara tadi dengan penuh keegoan. Suara itu bagaikan patung bernyawa yang kehilangan punca.

Mia mencapai lesung batu di dapur. Hatinya berbisik "Goreng je la nasik nih..malas dahh nak buat yang lain". Peti Ais di buka cili api kampung yang pendek hijau menyala memang pedas berhantu Mia capai. Tangannya leka mematahkan batang batang cili untuk di tumbuk dan di goreng bersama nasi nanti. Menunya malam itu memang ringkas. Nasi goreng telur dadar. Tiba-tiba matanya terpandangkan ikan gelama masam di para betul betul tinggal seekor. Jadilah buat mengalas perutnya malam ini.

Harum bau telur dadar dan ikan gelama masam pasti memikat sesiapa yang menghidunya. Tangan Mia pantas menggoreng nasi takut terhangit. Umpama tukang masak professional gamaknya. Lengkang lengkung sudip berlaga kuali. Makin rancak tangan Mia menggaul nasi goreng. Api marak membakar bontot kuali. Semarak sendu di hati Mia. Hidungnya masih terhidu ikan masam gelama dan telur dadar yang siap di masak dan di hidang. Perut Mia mengamuk mintak di isi."Sabar la perut." gertus Mia.

Ok semuanya siap. Mia menceduk nasi ke dalam pinggan. Dua pinggan kosong tadi telah berisi nasi. Mia tidak seperti selalu. Nasi di bawa ke dada meja kaca bersama sama dua lagi lauk yang lain. Sombongnya semakin menjadi. Tangannya terus saja menjamah nasi ke mulut bagai tak sabar sekali tokohnya. Namun suara yang menegurnya tadi hilang dari pandangan. Kerusi yang tadi ada orang tiba tiba sunyi sepi. Mia masih leka menyuap. Sesekali telur dadar dan ikan gelama masam di cubitnya. Hatinya mula sebak kembali.
.

PERSOALAN - 2/2

Mia terus melangkah mencapai tuala. Beg yang di sandang di campak ke sofa kunci kereta tidak disangkutkan ke tempat asalnya terbiar bergelemparan di dada meja kaca. Mia seolah hilang tumpuan. Suara yang sedari tadi cuba menegur cuma memerhati saja tingkah laku Mia dengan penuh tanda tanya dan persoalan. Langkah Mia seakan di bilang menuju kamar kecil tempat dia bersiram menghilangkan rasa letih dan lesu.

Suara tadi juga kaku. Kain di jemuran diangkat penuh persoalan di hati. Riak wajahnya seakan mencerminkan "apa salahku?". "Kenapa aku menjadi sasaran?" Apa , Bagaimana? Siapa? berbagai-bagai soalan bermain di kotak fikirannya.

Mia terasa segar pabila air yang mencurah membasahi tubuhnya. Di simbahnya berulangkali. Tiba-tiba sebak di dada melanda lagi. Air jernih di kolam matanya turun bersama-sama air yang membasahi. Mia kuyup Mia lenjun selenjun hatinya yang sedang berkelocakkan. Kedengaran esakkan kecil dari dalam diri Mia. Tangisnya makin berlanjutan. Tangan Mia cepat menceduk air di takungan. Di siram di siram dari hujung kepala.

Suara tadi kaku di sofa memerhati skrin tv yang kosong. Mia keluar dari kamar kecil itu menuju ke kamar peraduan. Riak mukanya seakan mohon simpati tetapi keras hatinya melindungi segala galanya. Suara itu menegur lagi. Mia seakan pekak bisu tuli. Dia berlalu membawa diri hilang di sebalik juntaian langsir kuning lembut berbunga tulip.

Perut Mia kosong sekosong jiwanya. Maklumla siang tadi cuma menjamah biskut jagung dan kopi hitam pekat likat mengalas perutnya. Badannya segar kembali setelah berdandan dan berwangi wangian dia terasa begitu segar sekali. Tubuhnya di campakkan ke tilam empuk dengan penuh kelegaan. Namun hatinya masih sama. Bantal peluk panjang di capai dengan rakus sekali. Sekali lagi air jernih panas turun dari kelopak matanya membasahi bantal peluk panjang yang menjadi teman setianya di kala hujan panas melanda hati.

JIWA KOSONG - 2/1

Fikiran Mia menerawang entah ke mana. Kereta yang dipandunya seakan tiada haluan hendak di tuju walaupun pada dasarnya Mia hanya untuk pulang ke rumah. Hati Mia beku hati Mia membisu fikirannya kosong. Alunan suara ayat-ayat suci Al-Quran mendendangkan Mia petang itu. Sungguh merdu sekali alunannya. Mata Mia seakan dipukau menghala ke jalan yang agak sibuk petang itu. Maklumla time orang tengah balik dari kerja. Mia seakan berlumba dengan mereka. Tapi sebenarnya hatinya bagai tidak mau pulang.

Pedal minyak di tekan. Stereng yang di pegang seakan mengikut rentak hati Mia. Hati Mia sekali lagi di ragut rasa serba salah. Sesekali fikirannya melayang menjadi pengembara. Dia bagaikan ingin mengembara ke dunia yang dia sendiri pun tak tahu. Azan maghrib mula kedengaran di radio yang dipasangnya. Tetapi suara itu bagaikan tidak tersentuh di hati Mia. Dia sibuk melayan perasaannya. Hatinya seakan menjerit "AAKUU TAKKK NAKK BALIKK....."

"oOHH..Tuhan kenapa kau turunkan ujian sebegini terhadapku..
tidakkah kau kasihan melihat hambamu ini..
Oo Tuhan adakala aku seakan mengerti dengan kehendakMU..
tetapi kadangkala aku merasa diri ini bagaikan tidak KAU peduli...

Sampai bila aku harus begini YaTUHANKU..
Adakah ianya sampai akhir hayatku untuk kau jemput..
Adakah semua ini telah menjadi titik akhir bagiku..

Tuhanku kau bantu lah aku untuk menjalani hidup ini..
Aku redha sekiranya ini yan KAU inginkan..aku pasrah.."

Air mata Mia lebat membasahi kelopak matanya. Bagaikan kolam tadahan yang melimpah ruah tak sempat sempat lagi untuk di tadah. Meluncur panas di celah celahan bulu matanya yang hitam pekat. Laju selaju kereta yang di pandunya. Tanpa sedar dia telah pun sampai ke rumah. Hatinya berat langkahnya lemah membuka pintu kereta.

Mia keluar dari perut keretanya membuka lemah pagar rumah umpama penjara. Pagar besi berkelentung kelentang berlaga sesama sendiri. Sekali lagi Mia masuk ke perut kereta membiarkan saja kereta itu terbenam masuk ke halaman rumah.

Enjin di matikan sesusuk tubuh keluar daripada rumah itu. Mia kenal tubuh itu. Mia seakan tidak mempedulikannya. Biarkan lah dia. Suara itu menegur Mia. Mia bagaikan di pukau sekali lagi keluar dari perut kereta dan hilang tanpa bayang terus masuk ke rumah. Suara itu seakan mati di situ hilang bersama langkah Mia.

.

KENA marah - 1/8

Mak bangun dalam keadaan menonggeng nonggeng bahana sakit lutut yang di alaminya bertahun. Aku yang masih leka melayan kerenah anak buahku dari tadi sibuk pulak dengan "dam ular" sesekali anak buahku menjerit kesukaan pasal dadu yang di lambung mengena sasaran nombor yang di idamkan. Sekali lagi dia di jerkah pulak oleh Juwita kerana terkejut. Kali ini Juwita bangun dan terus menuju ke bilik menyambung lena nya yang terganggu sebentar tadi oleh anaknya yang bongsu.

Ku dengar di bilik air mak mandi. Sesekali terdengar dia berkahak. Aku yang masih leka dengan bebudak tu masih lagi melayan kerenah mereka. Mak keluar daripada bilik air tetiba menjerkah cucu cucunya termasuk la aku."Korang nih tak reti nak bersolat ke..haa?! ko pun Mia menjadik ketua nye pulak..tak diingatkan bebudak nih suh mandi solat." Bertempiaran anak-anak buahku meninggalkan permainannya. Mendengarkan suara halilintar mak nenek mereka yang sedari dulu tidak pernah berubah nyaring dan kuat sekali pabila menjerkah.

Memasing kelibut masuk ke bilik mandi. Takut sekali lagi di marahi nenek mereka. Aku yang tinggal terpaksa la mengemaskan mainan yang bersepah tadi. Selesai mengemas aku ke dapur menyelesaikan kerja mencuci pinggan yang berlonggok di singki tadi. Juwita masih di buai mimpi. Bisik hatiku "biarkan je la dia tidur kang dia nak bawak kereta balik nanti". Sambil aku leka membasuh pinggan. Fikiran teringatkan pulak dekat "abg". Dah makan ke belum gamakya.

Sebelum pergi pagi tadi aku dah berpesan. Kalau ada kerja lebih masa bagitau atau sms aje. Senang aku dari rumah mak tak bergelut nak balek. Nasib la jugak masa yang di ambil tak lama untuk aku balek ke kampung. Balik hari pun tak terasa letih sangat. Dalam pada berangan angan habis jugak pinggan yang ku basuh. Tetiba terdengar suara mak melaung "ko basuh pinggan ke Mia? biarkan aje la di situ nanti mak basuh."

"Aik takkan la basuh pinggan yang banyak nih pun nak tunggu mak yang buat" balasku.."takpe kejap jer nih"....semua pinggan selesai ku basuh dan tertiarap di rak pinggan. Hatiku puas sekurang-kurangnya mak tak la penat lepas kami balek nanti.
.

KEKENYANGAN - 1/7

Gulai lemak nenas..sambal belacan..ikan goreng dan telor puyuh goreng bercili menambat hati kami anak beranak makan tengahari itu. Menyelera sekali hidangan air tangan mak yang lama tak ku jamah. Mak pun kelihatan berselera sekali hari itu bertambah-tambah nasi di pinggan risau pulak aku tengok keadaannya. Anak buahku yang dua orang kelihatan sibuk bermain dengan mainan yang di belinya tadi pasti duit yang ku upah la tu buat beli mainan. Memasing langsung tak hirau nak makan pasal mungkin masih kenyang lagi dengan roti canai pagi tadi.

Suasana senyap cuma tanganku sesekali mengibas-ngibas lalat yang terbang ke sana kemari menghidu bau sambal belacan yang menusuk hidung. Selesai saja makan punggung seakan berat nak bangun. "hehehe" maklum le baru lepas mengisi "enjin" apalagi segala-galanya berat. Ku lihat Juwita bertambah malasnya pinggan di tolak saja ke tepi selepas makan. Syam anak buahku yang sulung terus ke dapur mengatur pinggan ke singki. Saki baki makanan ku atur semuanya di atas meja.

Juwita dan mak rebah di atas tikar plastik tempat kami makan tadi. "eh..eh..eh elok sangat la tu bagaikan mereka yang rebah je" tegurku. Suaraku bagai tak di hiraukan oleh mereka berdua. Mata seakan di jahit-jahit selepas makan. TV yang dari tadi terpasang takda cerita yang sedap nak di tengokkan. Pinggan di singki masih berlonggok belum di cuci. "Kejap lagi lah" bisik hatiku. Aku terus ke depan menyertai mereka yang rebah tadi.

Namun mata ini tidak pulak rasa mengantuk. Tiba-tiba anak buahku mengajak pulak main "dam" kertas yang di belinya tadi. Apalagi aku pun turut serta macam budak-budak gamaknya. Kulihat Juwita dan mak hanyut di buai mimpi agaknya. Seronok pulak jadi bebudak kejap. Anak buahku pun leka bermain sambil tak perasan kakinya tersenggol bantal yang mak tidur.

"isshhh...tak reti bahasa..ke" mak menjerkah. Lenanya di ganggu dek cucunya sebentar tadi. Terkulat-kulat anak buahku beralih ke tepi. Aku sempat lagi memberi amaran padanya "sssyyyy.." nenek nak tidur tu main lar pelan..pelan".
.

HARI YANG CERIA - 1/6

"mak nak pakai apa nak amek anak pokok pisang nih" Juwita melaung pada ibuku yang sedang sibuk menyiang ikan. Si debab tak jemu-jemu menagih simpati. "Meow..meow" ..."ceettt" terdengar suara ibuku memarahkan si debab kucing tua yang comel gebu tu di marah ibu. Tiba-tiba kulihat kepala ikan terbang di celah tingkap dapur.

"pakai la parang.. jap mak amekkan" pelan suara ibuku barangkali umpan yang di baling tadi untuk melekakan si debab daripada mencuri ikan nya. Lalu dia ke tepi dapur mengambil parang yang di janjikan.

Juwita menyeret tajak buat mengali tanah untuk mengeluarkan anak pokok pisang yang ku tagih tadi. Kucing tua tadi leka memamah isi perut ikan yang di lempar ibuku keluar mungkin itulah rezekinya pada pagi ini.

Sambil membelah lemon yang ku bawa tadi. Mataku liar mencari serbuk teh di atas para. Tapi kulihat botol tempat mengisi serbuk teh kosong. Aku baru nak bertanya rupanya ibuku telah bersama-sama menyertai Juwita menunjukkan cara yang betul mcm mana nak ambil anak pokok pisang tadi.

"Agaknya dah abis kot .." bisik hatiku. Aku ke depan memanggil anak buahku yang kecik sekali. Rupanya memasing leka menonton tv tanpa menghiraukan kami di belakang. "Way tolong acu jap nak belikan acu serbuk teh ye.." Dia bangun dlm keadaan malas-malas psl nak tengok kartun la tu. " Tolong la acu jap kang acu nak buat air ice lemon tea nih..ko nak tak?" panas-panas nihh sedap beli ais sekali ye..!"
Nah upah..RM1...dengar jer upah RM1 terus abangnya yang no dua bangun.."jom abby abg ikot sekali.." errmm dlm hatiku budak budak mcm tu laa...kalo dengar upah..
.

JAUH DI KENANG DEKAT DI SAYANG - 1/5

"ooo..lemon pun ada nih haa..boleh kang buat ice lemon tea masa makan tghari karang.." cadangku pada Juwita yang masih terjelepok di tepi tilam tadi. Rupanya bukan saje biskut yg sempat ku sambar lemon 4 biji di atas meja makan rumahku tadi sempat jugak ku ambil dan campak ke dalam beg.

Ibuku tadi rupanya dah ke dapur mengemaskan barang-barang yang di belinya tadi. "meow..meow" si debab terkiseng kiseng mohon simpati ibuku. Bau hanyir ikan seolah-oleh memanggil manggilnya untuk memintak makan pada ibuku di dapur.Si debab kucing peliharaan jiran sebelah ibuku tidak segan menagih makan ke rumahnya.

Kulihat kakak ku tadi masih di situ dengan telefon bimbit ibuku. Rupanya dia membetulkan waktu dekat telefon tu yang berubah. Mulutnya mengomel "mcm ada bdk kecik sampai masa telefon nihh pun tongang terbalek.." getusnya. Anak buahku sibuk menonton kartun kegemarannya dan leka sambil bergolek gelantang di depan tv.

Aku terus ke belakang umah mak yang penuh dengan tanaman pisang, pucuk ubi, pokok betik macam-macam ada. Pendekkata boleh laa time..time emergency petik petik apa yang ada nih buat makan. Aku teringin pulak nak tanam pisang tanduk nih ha banyak pulak anak pokok nih berteritip di tepi pagar nih. Terus aku jerit pada Juwita berkenaan pokok pisang tu.

Dia yang sejak tadi asik membelek telefon ibuku mungkin sudah kot membetulkannya terus dier bangun "mak pinjam kain batik" pintanya pada ibuku.."ambil la kat dlm bilik tu.." balas ibuku. "kain yang bersidai nih elok ke mak.." "haa elok itu kain aku gi ngaji tu.." terang ibuku lagi..Kulihat Juwita sudah bersiap ngalahkan nak ke bendang jer rupanya. Walhal ke tanah yang sekangkang kera belakang rumah je.

.

SEPI TANPA BICARA - 1/4


Mak melepaskan lelahnya berjalan tadi di bangku. Penat nampaknya dia. "berjalan yang banyak tu pun penat bagai nak mampus" gertus ibuku. "mak ke pasar ke tadi..?" balasku yang diam sejak masuk ke rumahnya yang bercat kuning hampir luntur dek hujan dan panas terik mentari yang terpanah bila waktu petang. "haa..sampai aku tak kekelas mengaji tadi sebab nak ngejorkan lori sayur"..bebelnye lagi..

"kang tak di kejor sok lusa dier takde seminggu sekali baru jengah balek..awak kang nak ke Pekan mane larr larat.." aku terdiam lagi. Anak buahku masing-masing sibuk kedepan kebelakang seolah dah lame sangat tak kerumah neneknya. Seakan ingin melihat kot ape-ape perubahan pada rumah neneknya walhal sama aje.

Juwita pulak terledoh di tepi tilam milik ibuku yang bergulung kemas di tepi dinding di sebelah meja makan kekenyangan gamaknya ke..atau malas dia nak melayan bebelan org tua ku itu. Kami seolah malas nak berbicara lebih. Hanya sesekali menyahut setiap persoalan ibuku saja.

Aku cuba juga menjadikan suasana nampak seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Ku jinjing karung plastik yang berisi barang dapur tadi terus menuju ke bilik belakang di mana terdapat peti ais dan gobok tempat menyimpan makanan. Ku hanya letakkan barang-barang tadi bebetul didepan pintu peti ais. Dalam hatiku "ahh taularr orang tua nih kan menyimpannya..kang kita simpan ade je tak betul nya." bisik hatiku.

Aku mula melangkah ke depan setelah ku mendengar kakakku Juwita mengarahkan anak yang sulung Syam memanjat membetulkan jam di diding yang tidak berfungsi. Sesekali ibuku membebel lagi. "bak mari bateri nenek dlm laci tu kang dpt ke tangan ko kang ko kicai-kicai mane yang elok mane yang tidak..bak mari way" panggilan name manja anak buahku yang kecik sekali.

Setelah jam nya di betulkan. Haa barulah senang nak tengok rupanya kami sampai awal jugak tadi. Masih pagi jam 9.00. Kulihat mak meneguk baki kopi mgkin di buat nya pagi tadi. Aku menyelongkar beg mencari sesuatu. Ha adapun biskut yang di belikan suamiku semalam sempat ku sambar buat bekalan perjalanan tadi. Tapi tak ku makan pun pasal sudah sarapan di warung tepi jalan tadi. Kuhulurkan kepada ibuku sambil bertanyakan "nah mak tak sarapan lagi ke..? nih ada biskut makanla.."

Rupanya belum sempat biskut tadi sampai ke tangan ibuku telah di sambar pulak oleh dua orang anak buahku tadi. Mgkin meihatkan plastik yang menarik tu membuatkannya seakan lapar lagi walhal roti canai seorang dua kepig tadi. "makanlaa..nenek nih kalo mcm dulu2 baya korang nenekla dulu..skarang nih takde pun takpe.." Aik merajuk pulak ke orang tua nih.." bisik ku lagi..
.

SAMPAI JUA - 1/3


Semakin hampir semakin membara rasa rindu ini. Terpandang-pandang rasanya. Juwita menekan pedal minyak sambil jiwanya seakan tenang kulihat dari ekor mataku. Perut yang berisi seakan senak rasanya, mana taknya roti telur seorang sekeping. 3 orang anak buahku tiap seorang 2 keping roti canai panas dan garing di simbah kuah dal pekat dan sesekali kelihatan berkilat dan berminyak.

Aku puas pagi itu. Terlihat signboard ke Taman Perumahan terpampang di bahu jalan. Perjalanan bakal di tamatkan sebentar lagi. Juwita memberikan signal ke kanan. Hati semakin berdebar. Apalah yang sedang di buat orang tua ku pagi nih. Rasa kesal pulak tak membelikan apa-apa untuknya pagi itu.
Aku mencapai telefon bimbit yang tersorok di dalam beg yang ku bawa tadi. Kelihatan 1 pesanan ringkas terpapar di dada telefon. "ohh abg rupanya" hati kecilku berbisik. "Abg dah sampai" pendek saja pesanan ringkasnya. Dalam hatiku berbisik lagi "alhamdulilah", sambil jari-jari ku mula membalas. "yang pun baru jer nihh sampai umah mak". Sementara aku menekan simbol "SEND" di telefon mataku terpandangkan sesusuk tubuh kecil membimbit karung-karung plastik terkedek-kedek di bawah pohon mempelam itu.

Aku terus keluar dari perut Myvi mengejar susuk tubuh tadi sambil anak-anak buahku mengekori dari belakang. Kami bersalaman dan berpelukan tanda rindu yang sangat-sangat. Terus ku sambar karung-karung plastik yang berisi barangan dapur dari tangan tua milik ibuku. Terasa sejuk dan lemah sekali nampaknya. "Mak sihat?" terpacul keluar dari mulut ku bertanyakan khabarnya.

"Alhamdulillah". Dia membalas dengan senyuman tanda puas. Sambil kami berjalan beriringan dia melaungkan suara kepada kakakku yang masih lagi dalam perut kereta. "udin tak keje ke?" tanya nya pasal di lihatnya kereta milik suami kakakku bersama kami. Aku menjawab "abg ngah naik motor gi keje" ringkas saja harap ibuku faham.
.

PERJALANAN - 1/2


Myvi meluncur laju menerjah angin pagi itu. Sejuk dan nyaman masih terasa dek kerana hujan lebat malam tadi. 5 manusia di dalamnya masih sepi tanpa bicara. Aku merenung ke dasar meter minyak Myvi milik kakakku. " Nak isi minyak dulu ke?" soalku. " Ermm..karang la kat stesen minyak depan tu kang" balas kakakku yang agak tenang ku lihat wajahnya bertudung merah jambu sedondon dengan baju yang di pakainya.

"kita minum pagi dulu larr ye..aku nih kang dah tak boleh nak sarapan lelambat dah start gastrik" kataku mula memecahkan kesunyian pagi itu. Cuma bunyi alunan lagu melayu di corong radio berkumandang pelan tanpa mengganggu konsantrasi kami di dalamnya.

Terdengar sesekali 3 org anak buah ku di belakang bersembang kecil sesama mereka. Hati mereka girang mungkin pasal hari itu tidak ke sekolah. Ibu mereka membenarkan tak payah ke sekolah haritu lagipun peperiksaan awal tahun dah pun berakhir. Bunyi macam mudah jer tak payah ke sekolah. Tak pelah satu hari je. Kang kalo tak susah pulak nak bergelut nak ambil mereka waktu petang nanti. Sekurang-kurang nya lambat sikit balek dari rumah mak pun tak kisah.

Sambil memandu Juwita membebel. "hehee" sesekali aku tergelak kecil mendengarkan bebelannya pasal jalanla pasal orang la pasal macam-macam. Aku pun turut sekali membebel pagi itu. Kami serasi sejak dari dulu. Walaupun masa kecik ada jugak perbalahan antara kami tapi kami rapat. Jika salah seorang antara kami tak ada. Kami resah gelisah.

Perjalanan pagi tu sungguh menenangkan. Perut mula terasa pedih. Lampu signal berkedip-kedip di sebelah kanan tanda isyarat ketepi. Kakakku membelok ke kiri jalan. Oh rupanya nak sarapan. "Elok la jugak" dalam hatiku. Tiba-tiba hati terkenangkan Nasi Lemak dengan sambal tumis yang membangkitkan selera. Arrrgggg lapar..lapar perutku merintih...
.

TAK SAMPAI HATI - 1/1


"nihh tak lain larr nih..acu ko tertinggal..tudung kat sini" sambil mengomel Juwita merenung tudung bercorak geometri di sisi bangku sofa rotan yang hampir lusuh tanpa dia menyedari "Acu" yg di maksudkan terbaring kaku di atas sofa miliknya itu.

Tiba-tiba "YA Allah!" sambil mengurut dada terkejut baru dia tersedar kehadiran adik bongsunya itu membuatkannya terkejut beruk sambil memaki hamun aku yang juga terkejut melihatkan aksi kakak ku yang bagai kan ternampak hantu kubur.

"Ummi tak nampak ke Acu kat situ..? kan tadi abby bagitau ummi yang acu dah datang"..tergelak kecil anak buahku yg kecik sekali melihatkan gelagat ibunya terkejut beruk sambil dier berjalan ke muka pintu menyidai tuala yang baru di gunakannya selepas mandi tadi..

Sementara dua lagi abangnya terkedek-kedek berjalan masuk ke bilik air untuk mandi apabila di lihat adiknya sudah pun bersiap. Tilam bantal masih lagi bersepah di ruang tamu rumah. Kelihatan juga Juwita masih lagi membebelkan anak-anaknya supaya cepat bersiap dan mengemaskan tempat tidur masing-masing yang masih bergelumang di depan ruang TV tempat mereka tidur malam tadi.

Aku yang masih terkulat-kulat dek kerana terkejutkan kakak ku tadi masih duduk di sofa merenung kosong keadaan sekeliling yang suram. Dalam hati berkata "padanla dier terkejut kan aku yang baring di sofa nih tadi..gelap tak nampak" tiada sebarang cahaya yang menerobos ke ruang tamu itu. Pendek kata kakakku tadi ingatkan kain berlonggok yang belum berlipat. "kah kah kah" gelak hati kecilku.

Aku sebenarnya telah merancang dengan kakakku malam tadi. Kami nak pegi melawat mak di kampung. Lama sangat rasanya tidak menjengah orang tua tu. Marah marah kami tak sampai hati jugak rasanya untuk tidak ambil tahu hal orang tua tu.

Jauh di lubuk hati rasa rindu rasa sayang masih menebal tapi dek kerana hati yang kecewa dan terluka aku dan kakakku ingin saja membiarkannya kalau ikutkan rasa hati. Tapi jiwa anak di hati masih tidak luntur walau apapun yang kami terima darinya.

Cuma doa yang ku panjatkan kepada Ya! Rabbi kau lembutkan lah hatinya semoga kebahagian menanti kami di penghujung.AMINNN