Pengikut

23 November 2010

PUCUK DI CITA ULAM MENDATANG - 3/4

"Mia..jadi ke ko ikut aku balik kampung nih..aku balik ujung minggu nih tau..kau dah buat keputusan muktamat ke..?" bertalu talu soalan Finah kepada Mia. Dia cuma menggangguk tanda setuju dengan soalan Finah itu. Namun hatinya berbelah bahagi samaada di sini atau ikut Finah. Sempena Hari Raya korban tahun ini biarlah dia beralah. Dia berkorban untuk kebahagian orang lain biarpun dirinya tidak bahagia. Maksud Mia kebahagiannya di korbankan untuk keluarganya dan dia pasti kebahagiaan untuk dirinya bakal menunggunya di suatu hari nanti insyaAllah.

"jauh pandangan tu...sampai tembus ke rendang kerang tu ke..?" tegur Zaha pada Mia yang di lihatnya tidak berkedip memandang rendang kerang yang tersedia di dalam mangkuk lauk berbunga tepi itu. Mia tersentak dengan teguran itu. Mia tak perasan yang Zaha telah berada di hadapan meja makan setentang dengan Mia. "errrgghh...tak lah.." Mia tergagap gagap menjawab soalan Zaha. "haaa...aa Mia dari tadi ibu perhati Mia..usah la di tenung aje makanan tu..ibu tahu Mia mesti sukakan ini kan...?" ibu Mia menatang 2 biji mangkuk berisi kuah kacang dan nasi impit segera kesukaan Mia di pagi raya terus di letakkan bersama sama lauk yang lain.

Mia tersentak sekali lagi. Kali ini Mia menguntum senyum yang amat comel di mata Zaha. "Haa..macam tu la..bukannya memandang bagai nak telan pinggan yang ada kat depan tu..." tegur Zaha pada Mia. Hati Mia berbunga lagi bila di lihatnya lauk kegemarannya itu berada di depan mata. Mia seakan ingin memeluk ibu Finah kerana sanggup bersusah payah demi Mia. Mia sayang ibu Finah macam ibunya juga. Kali ini Mia tidak berlengah lagi dia terus mencapai piring dan menyeduk lauk kuah kacang berisi ayam goreng dan 5 6 ketul nasi impit lalu menyuap ke mulutnya tanda puas.

Mia tak hirau lagi Zaha di depannya. Ibu Finah menuang air teh wangi ke cawan lalu di hulurkan kepada anak anaknya. Hati ibu Finah girang melihat anak anaknya di pagi raya itu biarpun anak anak yang lain tidak balek kerana masing masing beraya di rumah mertua masing masing cuma Finah dan Zaha sahaja anaknya yang pulang kekampung kerana mereka berdua sahaja yang tinggal kerana belum lagi berumahtangga.

"assalamualaikum..! " Ayah finah memberi salam lalu terus masuk menyertai mereka yang sedang menjamah sarapan pagi itu. Ayah Finah baru pulang dari surau selepas menunaikan solat subuh. "waalaikumsalam!" jawab mereka serentak. " lewat bang...?" tegur ibu Finah pada suaminya. "ada jamuan sikit tadi di surau...tu yang lewat sikit tu" jawab ayah Finah. Mia menghulurkan air milo secawan kegemaran ayah Finah lalu di letakkan di hadapan ayah Finah. Mia merasakan kegembiraan di hati kedua orang tua Finah begitu juga hati Mia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan